Thursday, 1 December 2016

Crush

assalamualaikum w.b.t uols.....

malam ni sis nak story sikit pasal "crush" sis... hmmmm, sis suka dia takde la lama mana... die cam tetibe "tersuka"... alahhhh nama pon crush kannnn... mana ade sengaja suka suka.... sis sedar perasaan tu pon taktau bila... cammm tiba tiba bila nampak dia, borak ngn dia... jantung sis kemain laju lagi and tetibe mulut sis tak lekang dek senyum bila nampak jer batang hidung dia.... tapi terpaksa sorok sorang sorang perasaan tu.. sebab crush kann... mana boleh tunjuk depan dia.... kengkawan rapat sis jer tau pasal ni... malas nak heboh heboh buatnye die meluat dekat sis.. dpt tau psl ni.. lg termuntah kang.. hahahahhaa

kenapa sis suka die???

entahla... maybe ade something attractive pasal die... maybe.. sebab die tkde lah handsome mana ponn.. nak dibandingkan dengan orang lain.. ramai lagi handsome pada dia.. just his attitude and the way he is yang buat sis tertarik dekat dia.. lawak dia.. senyum dia.. the way he walked... the way he talked.. everything lahhhh... melted !!!!!

nak dijadikan cerita memang sis kenal die since sis dekat upsi ni lagi.. and dia pon sama sama palapes macam sis.. and dia adalah skuad sis sendiri... cuma platun jer lain... so jarang jugak lah berjumpa... kahhhh...

kenapa perempuan susah nak confess dulu??

kadang sis tertanya-tanya kenapa setiap perhubungan tu dimulakan oleh lelaki dahulu?? iyeee, sis paham yang perempuan ni sifat malu die lain sikit dari lelaki.. but why?? salahkah kalo perempuan confess dulu dekat lelaki yang die berkenan?? adakah ianya melanggar mana mana undang undang yang ditetapkan oleh sesebuah negara?? rasanya tidakk... tapi, lumrahnya begitu.. lelaki cenderung untuk meluahkan apa yang dia rasa.. tanpa rasa takot, ragu ragu and so on.. just perempuan ni sifatnya lebih memendam.. taknak bercakap.. suka menyimpan perasaan.. even pedih, even sakit, even pedihh...

sebab itu yang banyak "crush" ni perempuan..

rendah diri...

sis sedar and faham tak semua orang sama sifatnya, kekuatannya, kelebihannya, kelemahannya... tapi, sis tertanya-tanya kenapa ramai lelaki sukakan perempuan yang cantik dan gorgeous berbanding dengan perempuan yang biasa biasa mcm sis ni??? adakah rupa paras itu penting dalam perhubungan?? adakah rupa paras itu sangat menjamin kesetiaan??

dan kerana itulahhh perempuan lebih memendam perasaannya kerana risau direject mentah mentah kerana fizikalnyaa dan bukan rohaninyaaa..

dan sis orangnya..

sedar diri

tahu diri

selamat malam ^_^



Saturday, 19 November 2016

Give Up Or Not????

assalamualaikum w.b.t......

malam ni sis rasa suram, sedih, nak nangis semuanyaaa lahhhh.... entah kenapa... sbb sis ni terlalu banyak untuk ditanggung... bukan nak salahkan takdir sis... tapi, sis tak larat... sis give up!!!


give up nak teruskan study niiii... susahhh... sebab macam sis tanggung benda ni sorang2.. and sis paham mak sis mmg takleh nak buat ape... it's already hard for her since my father passed away... so it's time for her to rest.... and i cannot see her crying and worrying about me all the time.. and i decided to keep it myself... without telling her...

entahla.. kadang terpikir kenapa orang lain tak sama mcm akuu.. bukan nak salahkan ape lah kan.. tapi, deep inside.. jealous.. like seriously... memang "jalan" orang lain lain... tapi, i wondering whyyy??? and dah tentu nya takde jawapan untuk persoalan tuuuu....


entahhhh... 

takleh nak teruskannnnn.........

nak give upppppppppppppp....

dengan semua niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................

baiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Friday, 18 November 2016

My Degree Life

assalamualaikum w.b.t......

agak lama sis tak post entry dekat blog usang sis ni kannn... so semua tertanya2 dok ape perkembangan sis yang terbaru?? kahkahkah *poyo mcm ade je org nak tawu kan*...

sis sekarang ni dah further study dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)... intake September 2015... masa mula2 nak daftar tu awkward gila dia punye situation.. yelahhhh dulu time poli lainnn... skg ni aras tinggi... universiti... so preparation tu mmg takde.. hihihi...

masa pendaftaran tu family sis yang hantar.. abangg, mak, kak ipaq, adik and kak nurul... so masa first2 tu sis rasa mcm taknak berpisah ngn family... yelahh sbb sis dh lama sgt dok terperap dekat rumahhh.. pegi keje, balik keje... makan, tido, tgk tb,.. sayang nak tinggal semua tu... hahhaahahaha

tapi disebabkan ade peluang untuk further study ni,,, sis terpaksa grab jelahhh... yelah, ni salah satu harapan mak sis.. nak tengok sis study kepada aras yang paling tinggi.. In shaa Allah.. Aamiinn...

masa mula2 tu sis macam tak berapa paham lagi.. yelahh, ni kan Universiti Pendidikan.. so anggapan pertama sis masa terima offer tu.. "aku jadi cikgu akaun ke?".. yelahhh, tanggapan orang lain untuk student2 upsi ni punnn... sama jerrr.... "jd cikgu lah ni".. "jd cikgu apa nnt?".. semua macam tak terdedah lagi yang upsi ni bukan jer mengeluarkan graduan para guru tapi jugak graduan yang akan bekerja dalam firma....

tapiiiiiiii sis lega gila sbb dpt tau yang member baik sis time politeknik dulu dapat upsi jugokkk.... hihihihi,.. perasaan ter Allah jek tahuuuu.. so, sepanjang minggu orientasi sis dekat sini.. sis dok berkepit jelah dengan dia,,, walaupun kolej kitorang lain lain.. sis dapat kolej aminuddin baki.. member sis tu dapat kolej harun aminurrashid... yang lagi melegakan sis... lecturer sis time politeknik dulu merangkap penasihat akademik sis... duduk dekat dalam upsi ni jugok.. kebetulannn.. sbb husband die pengetua salah sebuah kolej dalam upsi ni....

soooooo sis nak tunjuk lahh gambor gambor sis sepanjang minggu orientasi dekat upsi ni haaaa....


*gambar ni hari pertama kitorg arrive dekat upsi ni.. lepas daftar dekat kolej masing2 terus kena pergi dewan besar untuk dengar taklimat segala mak nenek lahhh... hahahahhaa*


*ini pulak housemate sis.. dan merangkap kawan baik sis sampai lahh sekarang.. sebab sis yang jebakkan die dalam palapes ni.. die kena paksa dengan sis... kahkahkah*


*ini pulak roommate sis lepas sis masuk palapes ni... sampai lah sekarang.. sis dah intermediate 1.. nak masuk intermediate 2 dah punn... hehehehhe*


*ni lahhh "pahit manis" sis sepanjang sis berada di upsi ni... yang memahami sis.. yang sentiasa ada dengan sis... alhamdulillah, Allah pertemukan sis dengan sahabat sebaik dia... sis sayang angat dkt dia ni... dah mcm "blood sister" dohhhh..*


*ini pulak teman rapat sis dalam kelas.. apa apa pun mesti.. "diraaaa" "diraaa"... hahahaha.. dia jelah yang boleh layan gila sis... tak betul sis... hope that our friendship ni kekallll.. In shaa Allah.. Aamiin*


*ni lahhh semua pengarang jantung buah hati sis dekat upsi ni... dorang yang melayan sis terima baik buruk sis.. thankyou all... ilebiuuuuuu*




banyak pengalaman yang sis lakar selama setahun setengah sis berada dekat upsi ni.... In shaa Allah sis akan terus tabah dan kuat dalam menempuh hari hari yang mendatang bersama-sama sayang sayang sis yang kat atas tuu haaaaa... sebagaiii anak kandung suluh budiman mahupun sebagai pegawai kadet wanita di dalam palapes upsi... doakan sis berjaya didunia mahupun diakhirat...

Aamiinnnnn... In shaa Allahhhhh....

HIDUP ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN DAN ROTU UPSI !!!!!!!!!!!!



Thursday, 3 November 2016

Dunia "Pasukan Latihan Pegawai Simpanan" (PALAPES)

Assalamualaikum w.b.t......

fuhhhh lama gila sis tak update entry dlm blog sis ni. maklum lah busy sokmo (kabo di oghang pahang ter).

for your information, sis skg dh berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim. sis further study in Bachelor of Accounting With Honors. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menuntut ilmu..

skg sis dah masuk tahun kedua dkt sini (semester 3).. pejam celik pejam celik sekejap je dah sem 3 kan. rasanya mcm baru masuk sini bulan lepas... how time fliesss.

selama setahun setengah sis berada di UPSI ni mcm mcm perkara jadik. baik dan buruk. sis jadikan sebagai kenangan sis yang terindahhh. gitchewwww. hahahahaah

back to our main topic, mcm mne sis boleh terpikir nak masuk PALAPES ni?? like seriously?? mcm tak percaya kannnn. padahal sis ni lahhh bapak segala pemalasnyaaaaa. sbb diploma dulu tak minat langsung nak involve dalam badan beruniform ni.. terasa malasnyaaaaa.

tapi, percaya lahhh.. masa sis sekolah menengah dulu.. sis antara yang aktif dalam badan beruniform.. kawad kaki SAHAJA! hahahaha. mmg minat sis...

tapi, palapes ni bukan sekadar kawad kaki. it taught you a lot. how to survive. how to make a lifee... something like that..

sis nak tunjuk la sikit pengalaman sis dari daftar palapes ni sampai la sekarang. sis dah pun intermediate 1.


* masa ni sis ditemuduga oleh ketua jurulatih palapes upsi. nebes tokleh nok kabo lah gone *


* masa ni sis tgh jalani ujian fizikal utk melayakkan diri SANGAT. hahahhaa. wow, gemoknyaaaa sis *


* penerangan oleh encik utk track uka 2.4km.. tgk tudung kuning tu.lepas lari ape semua terus keluar baris. tinggalkan sis sensorang *


* kem berterusan junior 1 *


* kem berterusan junior 1 - menembak di chenderiang *


* program kewima di rumah kasih ybk - junior 2 *


* sis lepak bersama zhuha, azizi dan jurulatih kesayangan sis "jejaka korea" *


* kesayangan yang menceriakan hari-hari sis di palapes ni. for short, moral sis *


* we all dah intermediate. yahooooo *


* kem berterusan inter 1 *


* intermediate batch 12 mantoppp aummmm *

okay semua.. itulah sedikit sebanyak perjalanan sis sebagai seorang pegawai kadet wanita (pkw) di dalam unit pasukan latihan pegawai simpanan (palapes) atau reserve officer training unit (rotu) di universiti pendidikan sultan idris (upsi)...

sis tak mintak banyak, sis harap perhubungan dan persahabatan sis di antara skuad skuad batch 12 bukan sahaja hanya disebabkan palapes upsi tapi berlarutan sehingga ke akhirnyaaa.. In shaa Allah.. Aamiin..

banyak yang sis belajar dari awal sis berada dalam palapes upsi ni.. mohon sis tabah dan kuat dalam mengharungi kem kem dan latihan latihan yang mendatang bersama-sama skuad sis yang tercinta..

akhir kata, "biar putih tulang, jangan putih mata".......

HIDUP ROTU UPSI !!!!!!!!