assalamualaikum w.b.t uols.....
malam ni sis nak story sikit pasal "crush" sis... hmmmm, sis suka dia takde la lama mana... die cam tetibe "tersuka"... alahhhh nama pon crush kannnn... mana ade sengaja suka suka.... sis sedar perasaan tu pon taktau bila... cammm tiba tiba bila nampak dia, borak ngn dia... jantung sis kemain laju lagi and tetibe mulut sis tak lekang dek senyum bila nampak jer batang hidung dia.... tapi terpaksa sorok sorang sorang perasaan tu.. sebab crush kann... mana boleh tunjuk depan dia.... kengkawan rapat sis jer tau pasal ni... malas nak heboh heboh buatnye die meluat dekat sis.. dpt tau psl ni.. lg termuntah kang.. hahahahhaa
kenapa sis suka die???
entahla... maybe ade something attractive pasal die... maybe.. sebab die tkde lah handsome mana ponn.. nak dibandingkan dengan orang lain.. ramai lagi handsome pada dia.. just his attitude and the way he is yang buat sis tertarik dekat dia.. lawak dia.. senyum dia.. the way he walked... the way he talked.. everything lahhhh... melted !!!!!
nak dijadikan cerita memang sis kenal die since sis dekat upsi ni lagi.. and dia pon sama sama palapes macam sis.. and dia adalah skuad sis sendiri... cuma platun jer lain... so jarang jugak lah berjumpa... kahhhh...
kenapa perempuan susah nak confess dulu??
kadang sis tertanya-tanya kenapa setiap perhubungan tu dimulakan oleh lelaki dahulu?? iyeee, sis paham yang perempuan ni sifat malu die lain sikit dari lelaki.. but why?? salahkah kalo perempuan confess dulu dekat lelaki yang die berkenan?? adakah ianya melanggar mana mana undang undang yang ditetapkan oleh sesebuah negara?? rasanya tidakk... tapi, lumrahnya begitu.. lelaki cenderung untuk meluahkan apa yang dia rasa.. tanpa rasa takot, ragu ragu and so on.. just perempuan ni sifatnya lebih memendam.. taknak bercakap.. suka menyimpan perasaan.. even pedih, even sakit, even pedihh...
sebab itu yang banyak "crush" ni perempuan..
rendah diri...
sis sedar and faham tak semua orang sama sifatnya, kekuatannya, kelebihannya, kelemahannya... tapi, sis tertanya-tanya kenapa ramai lelaki sukakan perempuan yang cantik dan gorgeous berbanding dengan perempuan yang biasa biasa mcm sis ni??? adakah rupa paras itu penting dalam perhubungan?? adakah rupa paras itu sangat menjamin kesetiaan??
dan kerana itulahhh perempuan lebih memendam perasaannya kerana risau direject mentah mentah kerana fizikalnyaa dan bukan rohaninyaaa..
dan sis orangnya..
sedar diri
tahu diri
selamat malam ^_^