Ayah,
Cakap pasal ayah. Aku langsung terkedu. Sebab apa? Sebab aku
tak tahu apa itu kasih sayang ayah. Macam mana seorang ayah menjaga anaknya.
Hari terakhir arwah ayah dekat dunia ni dalam bulan 2 tahun
2001. Masa tu aku baru darjah 2.
Teringat lagi masa tu aku nyenyak tido. Tetibe aku dengar
mak aku nangis kat bawah. Aku kelam kabut, terus bangun dan pegi dekat mak. Aku
terus Tanya mak. “mak, kenapa dengan ayah?”. Mak jawab “ayah kau sakit, pergi
panggilkan cu”. Cu tu jiran sebelah kami merangkap sepupu arwah ayah.
Aku bergegas keluar buka pintu dan tak pakai kasut nye aku
keluar. Bayangkan, dah pukol 2 pagi dengan takde lampu luarnye. Aku berani kan
diri aku keluar.
Lalu aku menjerit. “cuuuuuuu, mak panggil”.. setakat tu je
yg aku ingat. Aku pon tak pasti dgn ingatan budak berumur 8 tahun ni.. tapi,
bila sekarang aku bertanyakan mak pasal hal ni. Mak seakan mengiyakan
pertanyaan aku itu..
Sewaktu hari kejadian tersebut, aku sedih.. sebab aku tgk
mak aku nangis.. adik aku yang baru berusia 5 tahun langsung tidak tahu apa
yang sedang terjadi.. semua orang kelihatan sibuk menguruskan jenazah arwah
ayah..
Aku masih ingat lagi.. jenazah arwah ayah dimandikan di
dalam bilik kosong diatas.. bilik tu biasanya mak jemur kain.. ramai saudara
dan orang kampung yg dtg membantu mak aku..
Tidak lama kemudian, di dalam kesibukan orang ramai.. aku
ternampak satu kelibat yg sgt aku kenali.. rupanya itu abang aku.. bergegas
dari Kuala Lumpur dan balik ke kampong selepas mak aku menelefon.. aku dan adik
aku berlari sambil menangis menuju kearah abang aku.. masih lagi terpaku di dalam
ingatan aku.. aku berlari sekuat mungkin.. aku berkata kepada abang aku “abg,
ayah dah takde” sambil menangis.. abg seakan memahami kesedihan yg aku lalui..
lalu abg memeluk kami berdua..
Usia semuda itu aku mengenal erti kesedihan dan kehilangan
org yg aku sayang.. walaupun tidak banyak masa aku luangkan bersama arwah.. aku
tetap menyayaginya sepenuh hati aku.. kerana, dia adalah seorang ayah.. ayah
kandungku..
Sewaktu hendak mengkebumikan jenazah.. masih lagi dalam
ingatan aku.. terpaku dan terpahat selamanya.. kami berjalan kaki menuju ke
kubur untuk mengkebumikan jenazah.. aku berjalan di hadapan bersama-sama dua
orang kakak aku dan adik aku.. diiringi mak.. sewaktu dalam perjalanan tersebut
aku sempat menoleh kebelakang dan melihat abang aku mengusung ayah aku bersama
orang kampung..
Aku melihat airmata abang menitis sepanjang perjalanan
kami.. yang mengambil masa hanya 5 minit.. walaupun arwah ayah bukan lah ayah
kandung abang aku.. namun, hubungan anak beranak itu seperti ayah dan anak
kandung..
Sesampai saja dikubur kedengaran bunyi lori balak menuju ke
kubur tersebut.. rupanya itu adalah abang aku.. anak kandung arwah ayah aku
bersama isteri yang dulu.. sebelum berkahwin dengan mak aku..
Sebelum arwah ayah dikebumikan.. mereka menyuruh anak-anak
serta isteri mengucup jenazah buat kali terakhir.. airmata aku tidak tertahan
dan menitis.. walaupun aku hanya berusia 8 tahun.. namun sudah banyak yang aku
pelajari dan aku ketahui.. aku seakan berusia 20 tahun yang mengerti
segalanya..
Itulah kali terakhir aku menatap wajah seorang ayah..
Kali terakhir mengucup pipi lembut seorang ayah..
Ayah memainkan peranan yang besar dalam membentuk sebuah
keluarga.. ayah juga seorang pemimpin yang mengajar isterinya dan anak-anaknya
bagaimana ingin menempuh kehidupan..
Tapi, kami tidak dibesarkan oleh seorang ayah.. namun, aku
tetap bersyukur kerana Allah s.w.t masih meninggalkan aku seorang yang bergelar
ibu.. itu lebih bermakna..
Bukannya aku tidak mahu seorang ayah.. tapi, aku hanya redha
dengan ketentuan-Nya..
Ayah, terima kasih kerana membesarkan kami.. walaupun
sekejap tapi itu sangat berharga buat dila.. dila tidak mampu untuk membalas
jasa ayah dengan wang dan kesenangan.. tapi, dila masih mampu untuk berdoa
supaya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa ayah dan menempatkan ayah dalam
kalangan orang-orang yg beriman disisi-Nya..
Itu sudah mencukupi bagi seorang ayah..
No comments:
Post a Comment